Jul 31, 2007

Dinamika sebuah kepimpinan

"Long, outdoor nanti nak buat kat mana?"- dia tanya sambil menyumbang senyum.

"Yang terbaik di mana ya?"- Saya pulangkan soalan padanya.

"Erm, mungkin di tempat perkelahan. Lama tak berkelah lah Long"

"Aaa....sounds good!"

"Aritu kita dah buat explorace. Semester ni kita ubah sikit. Tambah je kat bahagian makanan. Boleh kita buat barbeque"

"Aisehmen, baguslah ide tu"- Saya angguk-angguk sambil membayangkan suasana beriadah bersama teman-teman. Dan, dia terus mencoret sesuatu atas kertas untuk diserah pada penasihat kelab.

-------------------------

Sejak dulu, kita dah diberitahu yang kita ni pemimpin.

"Eh, mada ada. Kite bukan ketua pun kat kelas"

Bukan, maksudnya menjadi pemimpin buat diri sendiri.

"Ouh..ye tak ye jugak"

Sampai satu tahap, kita ditakhlifkan untuk memimpin orang lain. Keja tu bukan mudah, banyak rintangannya. Tapi, bukanlah jugak terlalu susah. Asalkan ada rangka kerjanya.

"Aik, nak memimpin perlu ada rangka kerja?"

Betul, wajib ada.

---------------------------

"Ada beza antara pemimpin dan ketua " kata Anis suatu hari tu.

"Apa bezanya Nis?"

"Saya fikir ketua ni bagi arahan kerja, yang perlu disiapkan pada waktu-waktu tertentu.

"Ouh, jadi kalau pemimpin?"

"Aaa...pemimpin ni dia buat kerja sekali. Lagi rajin dia buat kerja, pengikut akan termotivasi juga untuk lebih rajin dan efektif"

"Hallamak, betullah Nis. Dalam Psikologi Organisasi pun ada sebut, nama kepimpinan yang semacam tu dipangil "transformational leadership"

"Maksud Along?"

"Style kepimpinan gaya "transformational" adalah gerak kerja memindahkan abiliti dan kapabiliti seorang "leader" pada anak-anak buahnya. Dia bukan je bagitahu bagaimana nak buat kerja tapi sama-sama bekerja dengan pengikut atau orang bawahan."

"So?"

"Jadi, anak-anak buat akan belajar, bagaimana untuk mengendalikan sesebuah tanggungjawab. Secara tidak langsung, pemimpin akan melahirkan lebih ramai pemimpin kecil. Itulah dia namanya pemimpin, kan?

"Aaa. betullah. Sama-sama merasa dan melaksana tugas. Tiada isu kerah dan serah"

-------------------------------

Dale Carnegie dalam bukunya memberitahu bahawa salah satu cara untuk mendapatkan kawan ialah dengan bertanya dan membincangkan apa yang orang lain suka.

"Bukan memaksa orang lain menerima buah fikiran kita"


Lantas, pemimpin yang baik juga seharusnya mafhum dan endah selalu akan kehendak anak-anak buah. Pemimpin juga perlu mendekati fikrah orang-orang yang dipimpin. Mana tau ada ide bagus untuk organisasi yang tak terfikir pun oleh pemimpin tersebut :)

Erm, ini konsep toleransi, kan? Dalam, Islam dah pun diajarkan. Cuma, kita je yang jarang nak buat dan memahami orang lain.

Yelah, kita "mungkin" lebih suka tunggu apa orang akan buat pada kita, berbanding bertanya "apakah tanggungjawab aku pada orang lain?"

Itulah dia...

No comments: